Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEJOHANAN FUTSAL KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA TAHUN 2024

Selasa, 18 Rabiulakhir 1446H bersamaan 22 Oktober 2024M

Perlawanan peringkat kumpulan bagi Kejohanan Futsal Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kelolaan Jabatan Kemajuan Perumahan telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan Jabatan Kerja Raya, Berakas dari 18 hingga 20 Oktober 2024.

Kejohanan telah disertai oleh sebanyak tiga puluh enam (36) buah pasukan dimana empat belas (14) buah pasukan bertanding di dalam Kategori VIP, enam (6) buah pasukan bertanding di dalam Kategori Veteran manakala enam belas (16) buah pasukan bertanding di dalam Kategori Terbuka.

Perlawanan akhir kejohanan telah diadakan pada hari Selasa, 22 Oktober 2024 di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam. Bertanding di perlawanan akhir bagi Kategori VIP ialah Jabatan Tanah menentang Jabatan Ukur, yang mana johan bagi kategori ini telah disandang oleh pasukan Jabatan Ukur setelah menewaskan pihak lawan dengan jaringan 01 berbalas 0.

Land.JPG

Bagi Kategori Veteran, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya muncul juara setelah menewaskan Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya dengan jaringan sepakan penalti 02 berbalas 01.


Water.JPG

Johan bagi Kategori Terbuka disandang oleh Jabatan Ukur setelah menewaskan Jabatan Perancang Bandar dan Desa dengan jaringan 01 berbalas 0.

Ukur.JPGTCP.jpg  


Pasukan Jabatan Kerja Raya Cawangan Daerah Belait telah dinobatkan sebagai pemenang Fair Play secara keseluruhan di kejohanan tahun ini.

Awang Mohd Fakhri bin Ismail dari Jabatan Ukur telah dipilih sebagai pemain terbaik bagi Kategori VIP manakala Awang Romainor bin Brahim dari Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya adalah pemain terbaik bagi Kategori Veteran dan bagi Kategori Terbuka pemain terbaik disandang oleh Awang Safwan Amaluddin bin Sabli dari Jabatan Ukur.

Hadiah-hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat Yang Mulia Puan Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan.

DSC_0116.JPG 

Turut menyaksikan perlawanan akhir kejohanan berkenaan, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Antara objektif kejohanan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya disamping meningkatkan lagi kecerdasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan.

Attachments